SERDANG: Jumlah nilai jualan di kesemua lima zon Laman Ternakan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) 2022 telah melebihi RM2.4 juta dengan purata kunjungan harian 30,000 orang, setakat 11 Ogos.
Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Industri Ternakan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Dr Mohd Termizi Ghazali berkata jumlah itu melebihi sasaran awal iaitu RM2 juta.
"Lembu sado yang sememangnya tarikan utama pengunjung menjadi penyumbang tertinggi prestasi berkenaan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini.
Dalam pada itu, beliau berkata sebagai penutup tirai Laman Ternakan, jualan lelong ayam serama akan diadakan di zon Avian Valley pada hari terakhir MAHA 2022, esok.
Mohd Termizi berkata orang ramai juga boleh berkunjung ke zon Livestock Show Valley di Laman Ternakan untuk menyaksikan demonstrasi permanian beradas, pemeriksaan kebuntingan serta pengumpulan dan analisis semen kambing dan bebiri pada dua hari terakhir MAHA 2022.
"Bagi pameran lembu penjantan baka dan teknologi penternakan pintar, pengunjung boleh ke zon Livestock Fair Valley dan Garden Hall," katanya.
Beliau turut menyarankan pengunjung untuk ke zon Pet Valley, dengan mereka boleh bermesra, bergambar dan memberi makan kepada haiwan pada kadar bayaran berpatutan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 13 2022
Lembu sado yang sememangnya tarikan utama pengunjung menjadi penyumbang tertinggi prestasi nilai jualan di MAHA 2022. - Bernama
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Nilai jualan Laman Ternakan MAHA 2022 melebihi sasaran
Sebagai penutup tirai Laman Ternakan, jualan lelong ayam serama akan diadakan di zon Avian Valley pada hari terakhir MAHA 2022, esok.